Runtuhan titian gantung Sungai Kampar

Titian Gantung Sungai Kampar runtuh ialah peristiwa runtuhan titian gantung yang melibatkan para pelajar sekolah rendah pelbagai kaum yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di sekitar Kampar, Batu Gajah dan Tronoh. Titian gantung terletak di Sungai Kampar telah berlaku pada hari Isnin, 26 Oktober 2009 jam 10.30 malam. Runtuhan tersebut mengorban tiga pelajar sekolah rendah. Peristiwa berkenaan menyebabkan tiga bapa pelajar korban menyaman pihak-pihak yang berkaitan dengan kejadian tersebut dan juga menyebabkan kementerian pendidikan Malaysia menubuhkan jawatankuasa penyiasat bagi membuat siasatan terhadap runtuhan titian gantung itu.